Saturday, May 18, 2013

Little Big Club - Puteri Harbour

1 may lepas hari buruh.. aku dengan Babad bawa afieq pergi puteri harbour theme park.

Kat sini ade 3 tempat utama yang boleh dilawati iaitu the little big club,hello kitty world and lat's cafe :) kami pergi the little big club sahaja sebab anak i kan hero.. macam tak layan jek hello kitty ni. Kalau nak masuk dua dua hello kitty n little big club ni bayaran nya rm85. Kalau nk masuk salah satu sahaja rm50. Kanak kanak n dewasa sama harga.

Lat's cafe ni kalau nak pergi better buat reservation.. tak ingat berapa masuk. Ni bukan cafe ko masuk2 pilih2 makan yer.. die mmg dah set n lepas tu ade persembahan semualaa.. dalam 1 jam stgh camtu.





Afieq memang gumbira laa bermain kat sini.. Aliesya pon gembira sebab playground die mmg selamat dn lembut2 jek utk Aliesya merangkak ke sana sini.. hehehe..




Kene alert dengan persembahan2 pentas yang akan diadakan ikut time die.. seronok laa layan. Kami tengok 2 show i.e barney and friends dengan thomas and fren. Barney paling best :)





Kat situ makan memang mahal laa sket. Beli nasi goreng pon rm11 - rm15 hehehe.. seciput jek. Boleh keluar masuk keluar masuk satu hari tu dengan syarat jgn tanggalkan tag kat tgn tu





Skali skala buat anak anak bahagia memang best perasaannye :) dr pkl 11 sampai pukul 330 baru kami balik.. puas laa kot afieq main..





Papa kata nanti boleh repeat lagi pergi sini sebab aritu afieq n aliesya baik sangat sangat dan seronok sangat sangat :)

P/s: nak bawa afieq pergi legoland plak lps ni.. tgh tunggu tiket murah dari kelab sukan company aku kerja ni..

Thursday, May 16, 2013

Aliesya is 1 year old :)

Aliesya.. sorry mama lambat tulis kat blog pasak besday aliesya yang pertama :)

7hb May 2013 haritu genap laa Aliesya Najla umur 1 tahun.. mama gembira sangat sebab Aliesya dah besar.. hehehe. Tak sambut pon kek pon tak beli..yelaa Aliesya bukan boleh makan kek pon lagi kan.

7hb tu pagi pagi Aliesya bangun riang gembira macam tau jek tu harijadi die.. mama pon gembira.. siapkan Aliesya mandi..wangi wangi.. nak pergi klinik ambil jab MMR.



Aliesya ni kan die petite jek tau.. comel lote jek badan die..so umur stahun berat die cuma 7.3kg jek :) panjang die 70cm.. hehe



Gigi Aliesya dah ade 5 batang..3 atas 2 kat bawah. Dah pandai berdiri dan bertatih 4-5 langkah. Good girl



Pasal penyusuan plak.. Aliesya dah start campur dengan formula milk masa umur die 11bln setengah. Masa tu aku kene pergi conference kat Pulau Sibu..stok tak cukup untuk malam. Maka terpaksa laa bagi..hehehe.. Alhamdulillah..sekarang ni susu formula lebih kurang 1 atau 2 kali shaja sehari.. yang lain masih susu badan lagi. Tak pernah lagi bagi ssusu formula kat rumah babysitter :)



Aliesya ni dari bayi mudah sikit dijaga berbanding Afieq.. senang di bawa berjalan. Tak banyak karenah dan jarang menangis waktu berjalan. Tapi die ni melasak haaa.. kalah Afieq



P/s: draft ni lama terperap lupe nak publish.. hohohi

Monday, May 6, 2013

Family Day - Kuching

27/4/2013 (sabtu)  - Part 2 barangkali..
 
Setelah mengambil Angah+Along dan family masing masing di Kuching Airport jam 1230 tghari.. maka telah berkumpul laa kami semua dengan riang dan gembira. Lalalala :) semua sekali ade 12 orang dewasa+5 kanak kanak+2 bayi.. Angah telah booked 1 van dan 1 viva. Destinasi pertama selepas ambil mereka adalah pergi makan di mana ntah aku tak ingat. :p
 
Lepas makan kami menuju ke Semenggoh Wildlife Centre untuk melihat orang utan. Masa ni hujan renyai renyai sikit.. dengar penerangan dari pihak SWC dan kemudian masuk hutan (jungle tracking) untuk melihat orang utan. Aku ni bawa anak anak kecik memang tak masuk laa.. kami tunggu jek kat depan tu dengan harapan nanti keluarlaa orang utan. Dah laa orang tu kata tak boleh bising bising.. Aliesya plak keje menjerit jek.. cuak juga aku. Mana tau die disambar orang utan dan di bawa ke hutan macam mana?? kang jadi tarzan plak die.. hahaha.









Lepas tengok aksi orang utan tu kami gerak balik ke waterfront sebab kami mau naik Sarawak River Cruise bebeh.. dah beli tiket siap siap pagi tadi. Semangat waja kami beratur naik naik cruise.. Atas cruise ni memula naik korang akan di beri kek lapis sarawak dan air oren sebagi pembuka bicara. Kapal belum jalan.. kami sefamily kecik ni dah habiskan 5 pinggan.. kahkahkah. Lapar kaa..
 
Kapal pon lepas tu belayar sepanjang Sg. Sarawak dengan suam suam kuku kaki.. sambil tu ade penerangan tentang bangunan2 di kiri kanan kami, dihidangkan makan malam dan hiburan lagha tarian kebudayaan Sarawak. Afieq dan Aliesya haih.. baik btol laa.. senang hati bawak budak budak tu berjalan. Macam biasa.. aku tunggu mak and mak Ngah aliesya habis makan dulu lepas tu past Aliesya kat diorang :p hahaha.. aku plak nak makan. Perjalanan mengambil masa 1jam stgh.. (waktu ni 1st time kot aku breastfeed Aliesya di khalayak ramai..pakai cover laa. Tapi Aliesya asyik tarik tarik ajak main baa baa chak. Pffttttt.. )- takde gambo. Harap adik dapat email gambo tu nanti













After cruising along Sg Sarawak.. kami pergi ke pasar Satok. Aku membayangkan Pasar Satok yang aku pergi ermmm 9 tahun lepas. Rupa rupa nye sudah berubah lokasi..beli fridge magnet kat sini, macam macam ada. aku beli yang 5 rm10 dgn 6 rm10 ;p hihihi. Beli kain batik (as a souvenir jek) aku pakai kain batik time dalam pantang jek :p Lepas tu balik rumah terbongkang kepenatan.
 
Mak cadangkan malam tu kami tido lambak :p perempuan bilik perempuan.. lelaki bilik lelaki. Kecuali Along & Pak uda dapat bilik sekeluarga. Syiok aa juga.. cuma semua orang kene cakap berbisik taknak bagi Aliesya terjaga..sampai mak kata susah juga kene berbisik sentiasa ni :p. Lepas tu Aliesya terjaga pkl 1230mlm menangis meraung entah kenapa sampai semua orang dalam bilik kene bangun. Hahahaha.. ape laa dik Cha ni..

Family day - Kuching, Sarawak

26hb April 2013 (ini mungkin part 1)
 
Lama dah aku tunggu tarikh tu.. memang setiap tahun family kami akan buat family day jalan-jalan pusing Malaysia jeklaa (sekadar termampu). Jadi untuk tahun 2013 konon nye nak pergi Sarawak. Nak bagi duit selepuk buat holiday kadang kadang tak boleh kan.. banyak kekangan sebab banyak hutang :p jadi kumpul laa duit sikit sikit start November 2012 tu bagi kat Bendahari (Angah). Angah sebenarnye mastermind di sebalik holiday ni.. sebab die cargas. Die kumpul duit, die booked kan tiket flight, die buat tentative, die cari homestay, cari kereta sewa dan sbginye.. :) Salute dan terima kasih kat Angah. Harap kat adik adik die yang arrange.. ke laut laa peginye. Tanpa die.. misi ni mesti tak berjaya.







Kami bertolak 2 kumpulan. 1 Group dari Johor (aku n family, Mak, Abah, Kakteh, Adik, Mak Uda n Pak uda). 1 Group lagi dari KL (Angah n family+Along n family). Kami berkumpul dari Airport Senai pukul 815 (Jumaat - 26hb April 2013). Lepas check in tu lapo nak mampus sebab tak makan lagi. Nak ajak mak minum minum mak kata nanti makan kat sana jek. Sekarang kita makan roti jek. Hahahaha.. tu die eh. Makan laa kami roti 50sen tu sorang sebungkus :p lawak. Pukul 925 beratur laa naik flight ke Sarawak.


Aliesya plak aku harapkan tido dalam flight.. mana tau die ngantuk sangat tido dalam kereta on the wat ke airport. Maka die mata sudah segar bugar tak mau tido. Layan laa pe'el Aliesya yang kuat menjerit tu selama 1 jam dalam flight. Sejam jek weh.. 1025pm dah sampai Sarawak. Sampai Kuching Airport ada masalah kat bagasi kami. Beg adik aku si kakteh tu missing in action tak dapat dikesan. Lepas buat report segala bala tu. Aku call laa driver yang akan amik kami.. suruh bawa pergi makan :). Die kata kuching ni malam lbh dr pukul 10pm kedai makan dah x bukak. Kami suruh die bawa ke kedai mamak aje. Naseb baik ade..


Lepas alas perut die bawa laa kami ke homestay tu.. rumah semi D 2 tingkat. Segala kemudahan ada.. nak masak nasi pon boleh siap minyak beras semua ade dalam rumah tu. Baguih dok ada.. malam tu sampai2 jek terus tido jeklaa. Aliesya pon elok tido.. tapi asyik terjaga jek menangis. Aiyokkk apsal ntah. Masa ni group 2 (Angah+Along n family belum sampai lagi)..


 
Esok pagi pagi dalam pukul 9 kami pergi breakfast di Coffee O Conner. Macam macam makanan ade aihh.. maka aku cuba mee kolok.. :) Gambar tak banyak sebab sibuk dengan anak. The best things about holiday trip with family is everybody will try their best to give me an opportunity to eat dengan aman :p hahaha especially mak. Die makan laju laju lepas tu akan ambil Aliesya bg chance kat aku makan.. thanks mak and adik beradik yang sangat baik.
 
Lepas breakfast tu.. minta driver hantar ke Waterfront, sebab aku kene beli tiket cruise (untuk petang) dan boleh laa jalan jalan belek barang kat kedai kedai area tu kan sementara tunggu flight dari Group Angah n Along






Nanti sambung lagi.. malas dah type.. hahaha

Monday, April 8, 2013

Sesuatu yang tersekat

ada sesuatu nak aku luah.. tapi tersekat. Sebab jaga hati orang di sana dan sini..
 
Ikut kan nak aku teriak di FB.. di twitter.. nak minta orang bagi pandangan.. bagi buah fikiran.
Tapi nanti bila aku cerita nampak macam aku ni cerita buruk orang.. cerita hal orang. Mak kata kene bersangka baik..
 
Pagi tadi aku call mak.. sebenarnya aku nak minta resepi. Tapi tertiba tecerita hal yang merunsingkan aku tu..
Maka aku pon meluahkan.. mak pon mendengar. Bagi pendapat itu dan ini..
Sekarang aku rasa lega sikit.. aku minta mak doa.
 
Doa mak mak ni makbul :) In Shaa Allah..
 
Apa apa.. biasa aku akan suka cerita dengan mak. Sebab lepas tu rasa lega tak ingat..
 
p/s: aku dah malas update blog laa sekarang

Tuesday, March 5, 2013

How u deal with it?

Mommies yang bekerja sekalian.. aku rasa kita punya schedule lebih kurang sama kan.. balik kerja.. masak,buat kerja rumah,bagi anak anak makan,layan anak,tidokan anak.. balablabla kan?

Penat kan?rasa x cukup masa rasa kesian dapat layan anak sekejap jek.

Malam tadi lepas bg masak dan bagi anak anak makan.. aku naik atas mandi. Masa aku naik.. afieq pon mengekor sama sambil bawa oen dan kertas. Aku masuk bilik air buang hajat besar ni ;p aku dengar afieq ketuk pintu..suruh aku tengok something.. aku kata sabolaa.. mama mandi dulu.

Lepas siap mandi.. aku tengok afieq dah takde dalam bilik. Dah turun bawah kot. Aku pon pegi laa siap siap dan solat maghrib.. bila aku turun bawah.. aku tengok ini...











:( alahai sedihnya.. apa laa yang die nak tunjuk tu. Aku x layan.. bila aku dah free die dah tido.. sayu jek rasa.

Afieq sejak sekolah ni macam nilaa.. kadang kadang die tak nap kat sekolah. Jadi tido awal.. pkl 730 dah tertido depan tv..

Rasa bersalah aku..

Lepas tu dalam pukiul 1030 afieq terjaga minta susu. Lepas aku buatkan susu.. dalam mamai tu aku tanya.."afieq tadi nk tunjuk ape kat mama?" Terus die bangun amik buku dan pen..

" kita nak tunjuk mama kita lukis ni.. kita lukis tv..lukis tiger" :) hehehe.. terus aku tengok n puji die nye lukisan. Lepas tu die segar bugar dah sambung laa lukis rambut papa laa.. lukis papa atok n etc.

Pukul 12mlm baru afieq tido semula :) naseb baik die ni mudah tido n mudah juga laa kejutkan esok paginye untuk pergi sekolah.

Malam tadi aku tanya ade kerja sekolah tak.. die kata ade. Tapi bila check kat beg.. haaaa. Amik ko bukan beg die.. hahaha beg kawan!!! Adoiyainye pon..

Harap diberi lebih masa untuk luangkan dengan anak anak.. sabtu ahad macam tak cukup jek. Dahlaa aku ni sabtu pon kerja separuh hari.. hailaa labu. Jadi surirumah juga yang best.. boleh ajar anak.. jaga anak sendiri..

Aliesya 10 months

Masa berterbangan dengan cepat ya?? hihi.. sedar tak sedar anak dara i yang muka petak tu dah 10 bulan.. oh manis sekali.
 
Manis tu maksudnye aliesya tu manis dan masa di habiskan dengan die juga manis :) Aliesya ni mudah di senangkan.. :p kecuali tido.. tido payah ntah ape pasal budak ini.
 
Aliesya 10 months:
 
1. Gigi ade 2 batang di bawah. Kalau ketawa nampak gigi.. geram rasa nak lempang!! hahaha
2. Dah pandai berdiri dan meniti niti di sofa dan almari tv.. dan lepas tu boleh ke posisi duduk semula
3. Makan nak yang sedap aje.. bagi bubur campur ikan bilis tak mau die. Pffttttt.. memilih. Die suka kalau ade perasa.. Jadi kene letak mende2 manis sikit dalam bubur die etc labu, kurma @ apple.. Dan paling suka kalau dapat makan ape yang orang lain makan.. Makan nasi tu die nak.. tapi nanti sembelit.. tu yang malas tu. Baik bagi bubur jek senang..
4. Pandai berebut barang dengan abang Afieq.. kalau tak dapat, dia akan guna senjata utama die menangis :p Tapi die sangat suka main dengan Afieq.
5. Boleh main sorang sorang kalau abang taknak layan.. dengan syarat lambakkan laa mainan depan die..
6. Dah pandai main pondok pondok.. hahahaha.. ade bekas mcm cawan die pura pura minum air..suap makan dengan sudu. Ahhhh.. tak sabar laa nak jumpa kakak irin.. nanti boleh main pondok pondok dengan kakak irin..
7. Tak suka minum air masak macam abang afieq.. pfttt.
8. Masih menyusu badan.. lalalala.. 10 bulan Aliesya :) yeayyy.. kita cuba hingga setahun ye.
9. suka ikut bunyi bunyi yang kita diajar.. ni mak uteh die laa rajin layan die buat bunyi itu ini..
 
dah.. tata